09 November 2013

SIJIL PADANG MASYAR

Ono susah lah tadi exam paper Maths. Ko boleh jawab tak tadi. Aq takut la no tak dpt score A paper Maths tu. Aq target SPM nie semua 11A. Hmmm takpelah fren, yg penting kita dah usaha, doa banyak2 sama ALLAH n tawakallah je lah. "Sijil Pelajaran Malaysia".

Peperiksaan yang sepatutnya kita hendak lulus dengan "Cemerlaang, Gemilang dan Terbilang" adalah SPM, "Sijil Padang Masyar" . Jika kita gagal dalam SPM ini, kita dah tak boleh nak "return" lagi. dah.

Tak salah kita nak lulus cemerlang dalam exam SPM dunia. Hatta nak dapat 20A pun tak apa. Tapi jangan je kita gagal dlam SPM di padang masyar nanti dah.Gagal SPM dunia kita tak boleh nak masuk universiti. Tapi gagal SPM akhirat kita tak boleh nak masuk syurga...Allahuyarabbi. Ahhhh haaaa, jika tak masuk syurga kita pula akn pergi ke mana...Tepuk dada tanya iman, jangan tanya Aiman. Jawabnya ada 2 sahaja genk...Samada masuk syurga ataupun neraka...so, mana satu kita nak pergi....kalau tak nak ke syurga sudah pastilah ke neraka...Nahuzubillah minzaliq...

03 November 2013

MANA MAK?.....

Jam 5.30 petang
Mak berdiri di depan pintu, Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adek bOngsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak..."Along mana?"
Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan."
Ayah tanya Mak lagi, "Angah mana?"
Mak jawab, "Angah mandi, baru balik dari main bola."
Ayah tanya lagi, "Alang mana?"
Mak jawab, " Ada Alang kat dalam tu tengok tv."
Ayah tanya lagi, "Adek dah balik?"
Mak jawab, "belum, patutnya dah balik. Basikal adek rosak kot. Kejap lagi kalau adek tak balik juga jom kita pergi cari adek ya ayah...

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap2 hari ayah tanya soalan yg sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat dimana anak2 Mak dan bagaimana keadaan anak2 Mak setiap masa dan setiap ketika.

20 Tahun kemudian...
Jam 5.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah kuyup. Hujan turun sejak dari tengahari.
Ayah tanya Along, " Mana Mak?"
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab. "Ntahhh tak tahu."
Ayah tanya Angah, " Mana Mak?"
Angah menonton tv. Angah jawab, "manalah Angah tahu."
Ayah tanya Alang, "Mana Mak?"
Alang tidak menjawab. Alang hanya sekadar menggoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya adek yg sedang sibuk malayan Facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan tidak akan dapat jawapan yg Ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Mata dan hati anak2 Mak tidak lagi pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yg mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak2 Mak yg tahu setiap kali Ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba2 adek bongsu bersuara, "Mak nie dah senja2 pun nak merayap lagi. Tak reti nak balik."

Tersentap hati Ayah mendengar kata2 adek.
Dulu anak2 Mak akan  berlari mendakap dan memeluk Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya, "Mana Mak." apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya , "mana Mak?" Apabila dapat no. 1 atau kaki melecet kerana main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak2 Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak2nya. berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak2 Mak sudah besar. Sudah lama anak2 Mak tidak bertanya, "mana Mak?"
Semakin besar anak2, soalan "mana Mak?" Semakin hilang dari bibir anak2 Mak.

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir2 ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok tubuh Mak berjalan memakai payung yg sudah uzur sambil terhincut-hincut. Besi2 payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit 2 bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi mak. Mak akan bawa sesuatu untuk anak2 Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah, Mak berhenti di depan deretan kereta anak2 Mak. Mak buangkan daun2 yg mengotori kereta anak2 Mak. Mak usap bahagian depan kereta Angah perlahan-lahan. Mak merasakan seperti mengusap kepala Angah waktu Angah kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap rapat. Senyuman Mak tertahan. Hanya Ayah sahaja yg faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak2 Mak kecil dalu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak melakukannya.

Lima buah kereta milik anak2 Mak berdiri megah. Kereta Angahlah yg berdiri megah. Kereta Angah paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan Angah tu. Mak cuma suka akan warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak2 Mak yg lain.

Baju Mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung Mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berbalas. Terketar-ketar lutut mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas. Sebungkus amplang dan sebungkus kuih koci pemberian Mak Su untuk anak2 Mak. Mak Su tahu anak2 Mak suka makan kuih koci dan Mak malu meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak faham.

Semasa menerima bungkusan kuih koci dari Mak Su  tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Su, "wah berebutlah anak2 Mak nanti nampak kuih koci kamu nie." Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak2 Mak sedang gembira menikmati kuih koci sebagaimana masa anak2 Mak kecil dahulu. Mereka berebut dan jadi hakim pembuat keputusan maklumat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak2 puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak Mak makan kuih koci. Tidak seorang pun yg menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak2 Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu, Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak2 Mak melompat gembira dan berlari mendakap dan memeluknya seperti dahulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak2 Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yg duduk bersama Mak dimeja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Su di kampung seberang untuk mencari makanan kegemaran anak2. Ayah tanya Mak kenapa tidak telepon suruh anak2 jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Mak Su tadi call budak2 nie. Tapi Mak Su cakap semua tak bberangkat.

Mak minta Mak Su telepon anak2 yg Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan dihati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Angah yg datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Namun tidak ada siapa yg datang menjemput Mak. Mak tahu kalau anak2 Mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata2 ayah. "Kita tak usah susahkan anak2. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa2 pun. Mereka ada kehidupan masing2. Tak payah sedih2 lagi. Maafkan sajalah anak2 kita. Tak apalah kalau tak dapat merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak2 mengangkat kita kat bahu mereka. Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kuih koci masih belum diusik oleh anak2 Mak.

Beberapa tahun kemudian...
Mak Su tanya Along, Angah, Alang dan Adek, "Mana Mak?"
Hanya Adek yg menjawab, "Mak dah tak ada. Mak dah pergi buat selama-lamanya."
Along, Angah, Alang dan Adek tidak sempat melihat Mak ketika Mak sakit.
Kini Mak sudah berada disisi ALLAH S.W.T bukan disisi anak2 Mak lagi.

Dalam esakan tangisan, Along, Angah, Alang dan Adek menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yg berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak ada tangan macam tangan Mak yg selalu memeluk erat anak2nya apabila anak2nya datang menerpa Mak semasa anak2 Mak kecil dahulu. Mak pergi semasa Along, Angah, Alang dan Adek berada jauh di bandar metropolitan. Kata Along, Angah , Alang dan Adek mereka tidak dengar handphone mereka berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu Mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak2 Mak adalah untuk orang lain dan bukan untuk Mak. Hati anak2 Mak bukan untuk Mak lagi. Hanya hati Mak yg tidak pernah diberikan kepada orang lain. Hanya untuk anak2. Mak tidak sempat merasa diangkat diatas bahu anak2 Mak. Hanya bahu Ayah yg sempat mengangkat jenazah Mak ketika hujan renyai. Ayah sedih kerana tiada lagi Mak yg akan menjawab pertanyaan Ayah.

"Mana Along", "Mana Angah", "Mana Alang dan "Mana Adek". Hanya Mak sahaja yg mampu menjawab semua pertanyaan Ayah itu dan Mak memang tidak pernah silap menjawab pertanyaan itu. Mak sentiasa yakin menjawab setiap pertanyaan itu kerana Mak ambil tahu dimana anak2 Mak pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak2 Mak sentiasa dihati Mak tetapi hati anak2 Mak ada orang lain dah mengisinya.

Ayah sedih, di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri. "Mulai hari ini, tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Alang dan Adek. "Mana Mak?"

Kereta merah Angah bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Alang dan Adek mengikut dari belakang. Hati Ayah hancur teringat hajat Mak untuk menaiki kereta merah Angah tidak kesampaian. Ayah terbayang-bayang kata2 Mak malam itu, "cantiknya kereta Angah kan bang." Besok2 Angah bawalah kita jalan2 kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kuih  koci buat bekal,"

"Ayah.....Ayah.....bangun Ayah." Suara Angah memanggil Ayah. Ayah pengsan semasa Ayah turun dari kereta Angah. Terketar-ketar Ayah bertanya, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti bertanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi, namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut ayah sehingga di akhir hayat Ayah...

Buat pedoman diri saya dan sahabat2 ikhwan dan ahkwan sekalian. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasullullah s.a.w. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama daripada dari isteri, pekerjaan, girlfriend, dan anak2 sebenarnya. Solat sunat pun ALLAH suruh berenti apabila ibu memanggil. Jangan biarkan kita terlambat dalam mendakap ibu buat  kali terakhir.




02 November 2013

Amoiiii yg cantik...perghhhhh.

Semasa nak balik ke Kota Kinabalu dari terminal feri Labuan, terserempak pula dengan seorang gadis China yg memakai tudung. Terserlah keayuan gadis China tersebut. Dengan kulitnya yg putih disusuli dengan lemparan senyuman yg manis membuat aq tersipu sipu malu dengan reaction yg diberikannya...Perfect...Tak sombong beb. 

Ketika tiba di Kota Kinabalu, aq mencari gadis China tersebut, kemanakah perginya...hatiku tertanya-tanya. Tak pernah2 aq mengejar bintang berkelipan...berkelipan menerangi cahaya alam terang benderang buat diriku gilang gemilang. Dup dup my heart beb. Walaupun hanya bercanda seketika.....Oooooo rupa-rupanya dia dijemput oleh pemandu peribadinya dengan menaiki BMW 316i.....Perghhhhh power beb. Jauhnya antara darjat mahupun pangkat, reallity and fantasy antara bumi dan langit terasa diri bagaikan sang kenit...

Walau apapun, alhamdulillah...Gadis chainese memakai tudung, walaupun sedara maranya yg lain berpakaian sexy tetapi dia tetap utuh dengan agamanya. Awesome. Ahhhhhh haaaaa, sahabat2 akhwadku yakni kaum hawa yg dikasihi sekalian, tidak semestinya orang yg bertudung itu solehah, tetapi sudah pastilah org solehah itu bertudung kan. Kredit kepada kaum hawa yg berjilbab.




01 November 2013

KAKAK...SAYA NAK SEGELAS AIR KOSONG BOLEH?

Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjajah kerepek yg diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengahari, dia sudah berasa lapar, namun x mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.

"Kakak, saya nak minta segelas air kosong, boleh?"

"Direnungkan wajah budak yg kelihatan lesu dan sayu itu."

"Tunggu sebentar ya dek..."Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu ditangannya. Budak itu terus meminumnya tanpa berlengah.

"Berapa ya saya berhutang dengan kakak?" Katanya sambil menyeluk saku poketnya.

"Tak perlu bayar dek."

"Tetapi saya hanya minta air kosong kakak." Emak saya ajar, jangan ambil apa2 daripada org lain tanpa bayaran...

"Kalau begitu bayarlah dengan ucapan "ALHAMDULILLLAH dan Terima kasih."

"Okey, ALHAMDULILLAH Terima kash kakak."

Budak itu terus beredar kembali menjajah kerepeknya. Dia berasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. Bukan kerana semata-mata segelas susu itu. malah lebih daripada itu. Kerana sifat pemurah wanita itu walaupun x dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit yg serius. Dia telah dirawat disebuah hospital di bandar tersebut, dengan dibawah pengawasan oleh seorang doktor pakar. Rupa-rupanya, doktor pakar yg merawatnya adalah budak lelaki yg pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu ketika dahulu. Si doktor masih mengenali wanita itu, walaupun sudah agak berusia.

Doktor muda itu berusaha sedaya upaya merawat wanita itu sehinga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita itu sehat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil tersebut tertulis.....

"Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. ALHAMDULILLAH dan terima kasih - Dr. Muhammad.

MORAL OF THE STORY
Walaupun kecil sahaja bantuan yg dihulurkan, namun disertai keikhlasan, impaknya x terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan ALLAH ada di mana2 dalam pelbagai bentuk dan kadang2 disampaikan melalui perantaraan orang disekeliling kita. Wallahualam. Sekian...

Ehhh dehhh dehhh, budak2 sekarang nie...

Kalau bercinta, boleh tak jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, sms pula berbalas-balas, masa dating sebelah tandas, dah tu berpeluk-peluk pula di dalam bas. Hmmmmm menjeling di dalam kelas, minum air perghhhhhhhhhhh segelas. Bila ada konflik mula lah nak frust, nak tunaikan solat pun dah malas, dah tu tak dapat tumpukan study da
lam kelas, waktu exam nak keluar tahu pula nak rasa cemas, kot2 exam tak pass...tup tup tup awek sendiri pula kena kebas, kesian der melepasss...

So, sahabat2 sekalian, jadilah couple yg ada class, berdating pun ekut lunas, bergaul tu ada batas. Jaga maruah tu dengan tegas, syariah agama pula dijaga dengan jelas. Tutur kata sentiasa beralas. Kalaulah cinta itu dihulur dengan ikhlas janganlah bimbang sahabat ihkwan dan akhwanku sekalian...cintamu pasti berbalas.

-Cinta pada bunga, bunga akan layu, cinta pada manusia, manusia akn mati, tp cnta pada ALLAH kekal abadi-