31 October 2013

Anak Kecil Yang Takut Akan Api Neraka (Allahyarham MOHD RAUF)

Bismillahirramanirrahim…In The Name Of ALLAH.
Assalamualaikum Auff, apa khabar dek…Walaikumsalam abg…khabar baik abg…Bang bagaimana keadaan Lahad Datu…Bang Auff tak kuat untuk menolong mereka, tetapi doa Auff sentiasa bersama mereka.  Nanti Auff solat hajat buat mereka…Tatkala aq menyapa Auff itulah ungkapan yg sering d tujukan kepadaku. Walaupun berada jauh d perantauan tetapi masih mengambil berat tentang hal negara. Usianya masih terlalu muda, seorang anak kecil yg berfikir d luar kotak ‘Genius’. Seorg budak yg awesome n handsome, baik hati, tutur katanya sopan membuat aq senang berbicara dengannya. Tawa riang, gurau sendanya kadang2 membuat aq tersenyum sendirian  mengenangkan telatahnya.  Bila ku tanyakan tentang solat, Auff dah pandai solat…Pandai abg…So far ada tinggal tak…Auff tak penah tinggal solat bang,biar merangkak sekalipun Auff tetap akan solat, Auff takut masuk neraka. Bang cinta Auff pada ALLAH mengatasi segalanya. Kini tiada lagi panggilan abg dri Auff buat selama-lamanya. Perginya takkan kembali. Apa yg membuatkan aq terharu bila Auff mengatakan… bang boleh tak Auff anggap abg macam abg Auff…kata2 ini sering bermain d mindaku walaupun mengenali Auff d hari pertama perkenalan tahruf uhkwahfillah kami. Sekali Auff menyayangi abg, seribu kali abg menyayagi Auff namun ALLAH lebih jua menyayangimu.

Allahyarham merupakan seorang tahfis, telah menghafal 11 juzuk Al-Quran. Tatkala ada masa kelapangan Al-Quran lah pendampingnya. Pernah menuntut ilmu d Sri Petaling, tempat persinggahanku menuntut ilmu dari jemaah2 tabligh tempatan mahupun luar negara. Semenjak arwah berpindah ke US, aq sering berjaga hingga ke subuh semata-mata nak bersembang dek kerana zon waktu antara Malaysia dan US yg jauh berbeza. Walaupun telah bergelar international Hollywood artis arwah masih bersikap ‘Low profile High Performance’. Teringat lagi pada ramadhan yg lalu arwah telah mendermakan 3juta US dolar pada anak yatim piatu. Sifatnya yg mulia membuatkan aq kagum. Suatu ketika dahulu, ustaz pernah bercerita kpd ku tentang anak kecil yg takut akan api neraka pada zaman nabi2. Realitinya, auff lah antara anak kecil itu pada zaman moden ini. Tak penah lagi aq berjumpa anak sekecil auff berbicara takut akan api neraka setulus dari hati.

Kini, persoalan yg sering bermain d mindaku. Masih adakah anak kecil seperti Auff yg takut akan api neraka pada anak generasi kini. Atau adakah anak2 seperti auff mahupun seperti  anak2 d Palestin yg berani mengangkat senjata mempertahankan agama, bangsa dan negara. Atau adakah anak sekecil Auff yg berani menyampaikan dakwah Islamiyah walaupun d saat ia dicaci seperti mana Rasulullah di caci ketika menyampaikan dakwah. Acap kali diganggu sering mendoakan mereka semoga mendapat petunjuk dan hidayat walaupun ia d caci oleh manusia2 durjana…..


-Al-Fatehah, Perginya Seorang Khalifah Muda Berjiwa Murabbi. Semoga Damailah Engkau D sana Bersama org2 mukmin Beriman-