01 November 2013

KAKAK...SAYA NAK SEGELAS AIR KOSONG BOLEH?

Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjajah kerepek yg diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengahari, dia sudah berasa lapar, namun x mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.

"Kakak, saya nak minta segelas air kosong, boleh?"

"Direnungkan wajah budak yg kelihatan lesu dan sayu itu."

"Tunggu sebentar ya dek..."Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu ditangannya. Budak itu terus meminumnya tanpa berlengah.

"Berapa ya saya berhutang dengan kakak?" Katanya sambil menyeluk saku poketnya.

"Tak perlu bayar dek."

"Tetapi saya hanya minta air kosong kakak." Emak saya ajar, jangan ambil apa2 daripada org lain tanpa bayaran...

"Kalau begitu bayarlah dengan ucapan "ALHAMDULILLLAH dan Terima kasih."

"Okey, ALHAMDULILLAH Terima kash kakak."

Budak itu terus beredar kembali menjajah kerepeknya. Dia berasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. Bukan kerana semata-mata segelas susu itu. malah lebih daripada itu. Kerana sifat pemurah wanita itu walaupun x dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit yg serius. Dia telah dirawat disebuah hospital di bandar tersebut, dengan dibawah pengawasan oleh seorang doktor pakar. Rupa-rupanya, doktor pakar yg merawatnya adalah budak lelaki yg pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu ketika dahulu. Si doktor masih mengenali wanita itu, walaupun sudah agak berusia.

Doktor muda itu berusaha sedaya upaya merawat wanita itu sehinga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita itu sehat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil tersebut tertulis.....

"Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. ALHAMDULILLAH dan terima kasih - Dr. Muhammad.

MORAL OF THE STORY
Walaupun kecil sahaja bantuan yg dihulurkan, namun disertai keikhlasan, impaknya x terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan ALLAH ada di mana2 dalam pelbagai bentuk dan kadang2 disampaikan melalui perantaraan orang disekeliling kita. Wallahualam. Sekian...

No comments:

Post a Comment